Wednesday, September 14, 2011

Video Lucah Kegilaan Politik Malaysia, Tahniah Malaysia!!

Politik negara kita sekarang, boleh la dikatakan tengah menggila, gila menayang video lucah, blog blog pro kerajaan pun sedang menggila memberi link, tayang video lucah part 1, 2 yang didakwa mirip pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim. sekarang semua bahagian video lucah tu dah beres ditayangkan, full download part 3,4 dan 5. Terbaru pulak tadi video lucah dipos dari Thailand full version, sumber berita dari The Malaysia Insider.

Tahniah kepada Tv 3 , media penyiaran paling hebat kerana berani tayang video lucah sebagai sajian utama berita perdana. Saya nak ucapkan tahniah, sebab semua rancangan Tv3 ni kebanyakannya rating sangat tinggi. Tv3 mampu tayang video lucah utk ditonton oleh masyarakat. Tu pun niat sebenar mereka kan. Tahniah le kepada tv3 dan kepada kerajaan Malaysia kerana negara Islam bernama Malaysia kini sudah sah memberi kebenaran kpd media penyiaran utk menayangkan video lucah. Bukan tv saja, media cetak seperti suratkhabar yang pro kerajaan pun rancak jugak mempromot link link kat blog mana yang boleh pi download. Hebat kan!

Tahniah jugak le! kepada pihak berkuasa Malaysia yang tak mampu berbuat apa apa di saat video lucah pornografi sedang tersebar di blog blog pro kerajaan tu, dan dari merata pelusuk orang dah boleh download video lucah tu. Bukan tak mampu, tapi buat buat tak mampu.

Tahniah jugak! kepada ulama ulama terutama ulama kerajaan yang sedang berdiam bisu. Mungkin ulama ulama ni sedang bertafakur, atau pun sedang menegur di dalam hati. Mungkin lah kan. Jangan jadi ulama kangkog sudah le. Kangkong ni nampak segar je rupanya di dalam kosong. Dosa dan pahala tolak ketepi. Sekarang orang tak ingat dosa yang haram dah jadi halal.

Di mana letaknya kebudayaan Melayu, bangsa Melayu yang tinggi adat tata susila orang Melayu sekarang? Orang Melayu yang buat semua ni..untuk politik. Di dalam kegilaan menjatuhkan Anwar Ibrahim dengan video porno atau lucah ni. Budaya sopan santun Melayu dah hilang dah lenyap yang ada sekarang cuma dengki khianat sesama Melayu, sifat sifat jijik kotor dan lucah mainan politik di Malaysia.

Tak sedih ke wahai orang Melayu?..tak kecewa ke? atau seronok melihat kejatuhan bangsa sendiri, seronok menyebar aib dan fitnah merata rata?

Teramat malu sangat sangat, bangsa Melayu sekarang menjatuhkan bangsa sendiri dengan cara macam ni. Sekarang Malaysia sedang menjadi perhatian dunia. Malaysia yang penuh pornografi, sebab pemimpin dan pihak berkuasa serta ulama membiarkan semua ni merebak tanpa ada sekatan.

Tahniah Malaysia!!..politik dan negara ku kini sah untuk pornografi.

No comments:

Post a Comment