Monday, August 15, 2011

Musang Berbulu Ayam Dalam SPR

Musang Berbulu Ayam Dalam SPR


Setelah gagal menambah sokongan terhadap parti itu, PAS semakin bernafsu mengajak orang ramai mempercayai bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia adalah satu badan yang tidak boleh dipercayai.


Parti berfahaman Khawarij-Komunis itu telah semakin hilang keyakinan untuk menghadapi pilihanraya secara demokrasi dan terpaksa menimbulkan tohmahan umum, tuduhan melulu, isu kesilapan teknikal yang dibesarkan dan persepsi palsu yang sengaja diadakan untuk membina gangguan-gangguan.


Hakikatnya, seluruh rakyat terutamanya pengundi amat maklum bahawa SPR telah berjaya menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin dan dihormati di seluruh dunia.


SPR secara ikhlas mengakui kemungkinan wujud “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.

“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.

"Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang,” jelas TAN SRI DATO' SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF, Pengerusi, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


Semakin kuat PAS memfitnah SPR, semakin bertambah ramai orang mempercayai bahawa tugas paling sukar yang dihadapi oleh SPR bukanlah membersihkan daftar pemilih, tetapi membersihkan SPR daripada musang berbulu ayam yang berada di dalam reban SPR.


Musang berbulu ayam ini sanggup menerima gaji untuk menyara kehidupan anak isteri dan menunaikan haji ke Mekah walaupun tangan mereka bergelumang najis kotor menikam SPR dari belakang dan dari dalam tanpa rasa berdosa.


Pendita ingin memberi nasihat kepada Parti Melayu PAS supaya memikirkan bagaimana meningkatkan lagi pencapaian kehidupan rakyat dan negara sepertimana yang telah dicapai oleh UMNO-BN selama ini supaya umat Islam yang menjadi ahli parti tersebut mendapat manfaat dunia dan akhirat.


PAS juga harus berfikir bagaimana melepaskan dirinya dari cengkaman fahaman China DAP yang semakin ketara telah berjaya menjadikan parti PAS sebagai haiwan politik ternakan China DAP. PAS perlu membuka mata terhadap kejayaan China DAP dan PAP Singapore memperoleh tanah di Kelantan dan Pulau Pinang, hasil dari daya usaha fisabilillah Parti Melayu Khawarij-Komunis ini.


Umat Islam dianiayai dengan slogan agama palsu PAS dan China DAP mengaut keuntungan dengan memanipulasi kebodohan Parti Melayu PAS dalam segala bidang samada berniaga, berpolitik mahupun beragama.

No comments:

Post a Comment